in

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Singgah Makan Di Madam Kwan’s


Kalau bab cari tempat makan, aku ni sebenarnya tak adalah cerewet sangat. Asalkan makanan sedap, tempat selesa dan boleh lepak sembang lama-lama, dah cukup.

Tapi ada satu benda yang aku memang takkan compromise.

Status Halal.

Tak kisahlah restoran tu viral macam mana sekalipun atau ramai orang recommend, kalau aku tak yakin dengan status halal dia, memang aku takkan masuk dan cari tempat lain yang lebih meyakinkan.

Bagi aku, bila makan tu biarlah hati tenang. tak ada rasa was-was. Lagi-lagi bila keluar makan dengan family atau kawan-kawan. Nak enjoy makanan pun rasa lebih selesa.

Sebab tu bila aku dapat tahu sebuah restoran yang popular dah ada dapat pensijilan Halal, terus aku rasa excited. Dalam kepala dah mula terbayang nak order macam-macam menu. 😆

Korang nak tahu restoran yang aku maksudkan tu restoran apa?

Madam Kwan’s…

Yes, korang tak salah baca. Madam Kwan’s dah certified halal by Jakim ye.

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Nama restoran Madam Kwan’s memang dah cukup sinonim dengan hidangan Malaysia. Kalau tanya orang tentang restoran yang menyajikan makanan Malaysia dalam suasana moden dan selesa, nama ni memang antara yang selalu disebut.

Tergerak hati nak makan kat sana sebab restoran ni dah ada halal, maka aku ke salah satu outletnya di TRX.

Sebaik melangkah masuk, suasana restoran terus bagi first impression yang baik.

Restorannya bersih, kemas, tak terlalu sesak. Seating arrangement pun sesuai kalau korang nak lunch dengan officemate, dinner dengan family ataupun lepak jumpa kawan lama sambil borak-borak.

By the way, aku memang suka restoran macam ni yang suasananya tak terlalu bising. Sebab barulah aku boleh makan dengan santai tanpa rasa nak cepat-cepat balik. Hehehe

Bila tiba waktu meng-order…

Of course, makanan pertama yang aku nak cuba adalah Nasi Bojari.

Sebab dah lama aku dengar orang cerita pasal menu ni, menu pilihan setiap kali customer datang ke restoran Madam Kwan’s.. so nak puaskan hati, memang kali ni aku kena rasa sendiri.

Ini dia Nasi Bojari.. warna nasi tu macam nasi hujan panas. Cuma kelainannya, dekat lauk.. dan portion dia besar ooo..

First bite.. terus aku faham kenapa ramai yang suka Nasi Bojari ni.

Ayam goreng dia.. korang boleh nampak kat dalam gambar kan.. tempting gila. Dan ya, realitinya juga sama.. ayam yang dihidangkan crispy di luar, tapi juicy dibahagian dalam. Sambal cukup balance. Nasi dia makan saja pun sedap, dan boleh kata semua lauk dalam pinggan tu saling melengkapi antara satu sama lain. Puas hati.

Lepas tu sempat juga aku tengok menu-menu lain. Memang banyak pilihan. Kalau datang beberapa orang, lagi best sebab boleh order macam-macam dan share.

Madam Kwan’s dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

Satu fakta yang aku baru tahu masa datang sini ialah Madam Kwan’s turut menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records.

Pengiktirafan tu untuk apa?

Haa.. Madam Kwan’s terima pengiktirafan tu daripada Malaysia Book of Records kerana mereka telah berjaya mencapai kejayaan “Nasi Bojari yang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun“, yang mencatatkan jualan sebanyak 245,362 hidangan di seluruh negara.

Paduu.. Tapi bila fikir balik, memang masuk akal pun.

Sebabnya, kalau nak kekalkan sesebuah restoran sehingga menjadi pilihan pelanggan selama bertahun-tahun bukan benda yang mudah. Kena konsisten dari segi rasa, servis dan kualiti.

Dan selepas pengalaman aku makan sendiri dekat sini, aku boleh faham kenapa mereka menerima pengiktirafan tersebut.

Kenapa Aku Rasa Yakin Nak Datang Lagi?

Bagi aku, bila sesebuah restoran menawarkan makanan Malaysia yang sedap, berkualiti, sentiasa menjaga kebersihan dan menyediakan suasana yang selesa, itu dah cukup membuatkan pelanggan datang semula.

Sekarang pula Madam Kwan’s dah mempunyai Pensijilan Halal.

Madam Kwan, yang kat tengah-tengah tu.. sekarang dah berumur 92 tahun.

Bila semua tu dah ada, memang lagi senang untuk aku rasa yakin setiap kali nak ajak family atau kawan makan di luar. Tak perlu fikir panjang, tak perlu ragu-ragu.

Kalau korang pun sama macam aku, sentiasa cari restoran halal sebelum decide nak makan di luar, rasanya Madam Kwan’s memang antara pilihan yang patut masuk dalam senarai.

Datanglah sendiri, nikmati hidangan Malaysia yang sedap, dan alami sendiri kenapa restoran ini bukan saja mendapat kepercayaan pelanggan, malah turut menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records.

Berpeluang Bawa Balik Hadiah Sehingga RM20,000

Selain dua pencapaian yang diraikan, ada satu lagi benda yang menarik perhatian aku. Madam Kwan’s turut akan mengadakan promosi makan di restoran bermula bulan September hingga Disember nanti, di mana korang berpeluang untuk memenangi hadiah dengan nilai sehingga RM20,000.

Jadi kalau memang dah lama teringin nak cuba Madam Kwan’s, bolehlah singgah ke mana-mana cawangan di Semenanjung Malaysia. Datang makan, enjoy hidangan favourite korang dan dalam masa yang sama boleh juga join promosi ni.

Mana tahu kan… rezeki masing-masing. 😆

Kot-kot bukan setakat balik dengan perut kenyang, tapi dapat bawa balik hadiah sekali.

Tak Sempat Keluar Makan? Boleh Bawa Balik Madam Kwan’s

Last but not least, kalau korang jenis yang suka simpan stok makanan dekat rumah, Madam Kwan’s pun ada beberapa pilihan produk yang boleh dibawa balik. Ada snacks, minuman segera 3-in-1 dan cooking paste.

Personally bagi aku, produk macam ni memang quite convenient.

Sebab kadang-kadang bila dah ada anak kecil, nak keluar makan pun bukan semudah dulu. Nak tunggu semua siap, cari parking, fikir anak nak makan apa lagi… belum sampai restoran pun dah penat. 😂

Jadi kalau ada beberapa produk Madam Kwan’s dekat rumah, bila tiba-tiba craving datang, boleh je keluarkan dan enjoy bersama family.

Aku paling tertarik dengan cooking paste dia. Untuk yang suka memasak tapi tak nak pening nak sediakan semua bahan dari awal, pes macam ni memang boleh memudahkan kerja.

Kadang-kadang balik kerja dah penat, tapi tiba-tiba teringin nak masak sesuatu yang special. Tak perlu nak tumbuk bawang, blend rempah dan prepare macam-macam bahan. Gunakan cooking paste, tambah bahan yang diperlukan dan masak.

Simple.

Paling best, boleh adjust ikut selera sendiri.

Jadi kalau korang dah suka makan Madam Kwan’s dekat restoran, boleh juga bawa sedikit cita rasa Madam Kwan’s balik ke rumah. Mana tahu, satu hari nanti tak perlu keluar pun… dapur sendiri pula yang jadi tempat korang enjoy hidangan favourite. 😆

Untuk maklumat lanjut mengenai menu ataupun update terkini restoran Madam Kwan’s, korang boleh layari laman web mereka di www.madamkwans.com.my, ataupun laman sosial mereka di:

Facebook: www.facebook.com/madamkwans
Instagram: www.instagram.com/madamkwans/
Tiktok: www.tiktok.com/@madamkwansmy


Written by Hafiz Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *