in

HUAWEI MatePad Air Kembali Dengan Rekaan Ultra-Nipis, Kini Tampil Sebagai Tablet AI Ala PC


Kalau anda sedang mencari tablet yang bukan sekadar untuk tengok Netflix atau scroll media sosial, tetapi boleh digunakan untuk bekerja, buat nota, menulis dan menghasilkan idea kreatif, HUAWEI nampaknya ada sesuatu yang menarik untuk ditawarkan.

HUAWEI baru sahaja mengumumkan HUAWEI MatePad Air, sebuah tablet AI ultra-nipis yang direka dengan pengalaman penggunaan seakan PC, tetapi masih mengekalkan kelebihan tablet dari segi mobiliti dan fleksibiliti.

Untuk golongan profesional, pelajar atau mereka yang banyak bekerja ketika berada di luar pejabat, MatePad Air ini nampaknya cuba menawarkan pengalaman kerja yang lebih lengkap dalam satu peranti yang nipis dan ringan.

Nipis, Ringan & Nampak Premium

Dari segi reka bentuk, HUAWEI masih mengekalkan konsep “slim and stunning” yang menjadi antara identiti siri MatePad Air.

Tablet ini hadir dengan kemasan full-metal dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Airy Blue, White dan Sakura Pink.

Reka bentuknya yang nipis dan ringan menjadikannya lebih mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, sama ada nak bawa ke pejabat, mesyuarat, kelas ataupun bekerja sambil menikmati kopi, MatePad Air boleh menjadi teman kerja yang lebih praktikal berbanding membawa laptop.

Pengalaman Kerja Ala PC Dengan WPS Office 3.0

Salah satu perkara yang menarik pada MatePad Air kali ini ialah sokongan PC-level WPS Office 3.0.

Maksudnya, pengguna boleh mendapatkan pengalaman bekerja yang lebih dekat dengan penggunaan PC melalui aplikasi seperti WPS Office.

Lebih menarik, WPS Office 3.0 turut dipertingkatkan dengan WPS AI, yang direka untuk membantu pengguna mengurus tugasan, memudahkan aliran kerja dan meningkatkan produktiviti.

Untuk mereka yang banyak berurusan dengan dokumen, membuat nota atau menyiapkan kerja ketika bergerak, ciri seperti ini memang boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti.

Selain itu, HUAWEI turut menyediakan aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint untuk mereka yang gemar mencatat idea, membuat lakaran ataupun menghasilkan kandungan kreatif.

Boleh Jadi Laptop, Boleh Jadi Tablet

Untuk menjadikan MatePad Air lebih sesuai digunakan sebagai peranti kerja, HUAWEI turut menawarkan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro.

Gabungan kedua-duanya membolehkan pengguna beralih antara menaip dokumen, membuat nota, melukis atau sekadar menggunakan tablet seperti biasa.

Jadi, konsepnya lebih kepada satu peranti yang boleh menyesuaikan diri mengikut keperluan pengguna — sama ada untuk kerja, belajar atau aktiviti kreatif.

Paparan OLED PaperMatte Untuk Kerja & Hiburan

MatePad Air turut hadir dengan Ultra-clear OLED PaperMatte Display yang telah dinaik taraf.

Paparan ini bukan sahaja direka untuk memberikan visual yang lebih terang dan menarik, tetapi turut menawarkan pengalaman tontonan yang lebih selesa untuk penggunaan harian.

Sama ada digunakan untuk membaca dokumen, menyemak presentation, melukis ataupun menonton kandungan hiburan, skrin ini memang menjadi antara komponen penting pada MatePad Air.

Pre-Order Dapat Hadiah Bernilai Sehingga RM4,003

Bagi yang sudah mula tertarik dengan MatePad Air, tablet ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Ogos 2026.

Menariknya, pelanggan yang membuat pre-order bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM4,003.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:

  • HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
  • HUAWEI M-Pencil Pro
  • HUAWEI Wireless Mouse
  • AI-Powered WPS Office dengan langganan WPS AI selama 1 tahun
  • AI-Powered HUAWEI Notes
  • HUAWEI Premium Service

Harga rasmi dan maklumat lanjut mengenai ketersediaan akan diumumkan kemudian.

HUAWEI MatePad Air akan boleh didapati di HUAWEI Experience Stores serta saluran rasmi dalam talian HUAWEI termasuk:

Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai MatePad Air, anda juga boleh mengikuti HUAWEI Malaysia di Facebook dan Instagram rasmi mereka.

Dengan reka bentuk yang nipis, sokongan aplikasi produktiviti ala PC, ciri AI serta aksesori yang melengkapkan pengalaman penggunaan, HUAWEI MatePad Air nampaknya cuba menawarkan lebih daripada sekadar sebuah tablet.

Ia lebih kepada sebuah peranti kerja mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana — sesuai untuk mereka yang mahu bekerja, mencatat idea dan menghasilkan kandungan tanpa perlu sentiasa bergantung kepada laptop.


Written by Hafiz Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *