in

HUAWEI MatePad Air Kini Di Malaysia, Tablet Nipis Dengan Kuasa AI Ala PC


Kalau korang tengah mencari tablet yang bukan sekadar untuk layan Netflix atau scroll media sosial, tapi boleh digunakan untuk kerja, belajar dan buat tugasan harian, HUAWEI ada sesuatu yang menarik untuk korang.

Terbaru, HUAWEI secara rasmi melancarkan HUAWEI MatePad Air di Malaysia, sebuah tablet AI yang tampil dengan reka bentuk ultra nipis dan pengalaman penggunaan seakan PC.

Nipis, ringan dan senang dibawa ke mana-mana

Salah satu perkara yang paling menarik perhatian pada HUAWEI MatePad Air ni ialah reka bentuknya.

Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat sekitar 509g, tablet ni memang direka untuk korang yang selalu bergerak. Nak bawa pergi pejabat, meeting, lepak di kafe ataupun buat kerja ketika travel pun tak terasa macam membawa laptop.

MatePad Air ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Airy Blue, White dan Sakura Pink. Nampak minimalis, tapi masih ada pilihan warna yang cukup menarik.

WPS AI bantu siapkan kerja dengan lebih mudah

Untuk korang yang menggunakan tablet untuk bekerja, HUAWEI MatePad Air hadir dengan WPS Office pada tahap PC yang kini turut dilengkapi dengan WPS AI.

Dengan bantuan AI, korang boleh hasilkan slide presentation, buat draf dokumen, kemaskan penulisan, ringkaskan fail PDF yang panjang dan juga menganalisis spreadsheet.

Maksudnya, daripada sekadar buka dokumen dan edit secara manual, beberapa tugasan boleh dibantu oleh AI untuk mempercepatkan kerja.

HUAWEI Notes bukan sekadar aplikasi nota

Untuk pelajar atau mereka yang selalu menghadiri meeting, HUAWEI turut menyediakan ciri AI dalam HUAWEI Notes.

Antara fungsi yang menarik ialah AI Speech-to-Text yang boleh merakam dan menukarkan percakapan kepada teks. Jadi, korang boleh gunakan untuk rakaman kuliah, meeting ataupun perbincangan dan rujuk semula kemudian.

Ada juga AI Handwriting Enhancement untuk menjadikan tulisan tangan lebih kemas dan mudah dibaca.

Kalau korang selalu annotate dokumen, fail PDF juga boleh ditambah nota dan komen secara terus. Malah, fungsi AI Tutor boleh memberikan penerangan langkah demi langkah untuk subjek seperti kimia, ekonomi, biologi dan fizik.

Skrin OLED 12 inci dengan kemasan PaperMatte

Untuk pengalaman visual pula, HUAWEI MatePad Air menggunakan skrin 12 inci 2.8K Ultra-Clear OLED PaperMatte Display.

Skrin ni mempunyai nisbah screen-to-body sehingga 92%, bezel ultra nipis 4.69mm dan reka bentuk FullView tanpa notch.

Kecerahan maksimum pula boleh mencapai sehingga 1,200 nits, jadi kandungan nampak lebih terang dan terperinci.

Kemasan PaperMatte pula membantu mengurangkan pantulan dan silau. Jadi, pengalaman melihat skrin terasa lebih selesa dan seakan-akan melihat permukaan kertas.

HUAWEI M-Pencil Pro dengan lebih banyak gesture

Bagi korang yang suka menulis, melukis atau membuat anotasi, HUAWEI MatePad Air turut menyokong HUAWEI M-Pencil Pro.

Stylus ni bukan sekadar untuk menulis. Ia menyokong gesture seperti pinch, press dan rotate untuk memberikan kawalan yang lebih intuitif.

Dengan 16,384 tahap pressure sensing, penulisan dan lakaran boleh dilakukan dengan lebih tepat.

Ada juga fungsi Swipe to Turn Pages untuk memudahkan navigasi dokumen atau presentation. Untuk presentation pula, fungsi Air Mouse membolehkan korang mengawal slide dari jauh.

Bateri 10,100mAh dengan pengecasan 66W

Dari segi prestasi, HUAWEI MatePad Air dikuasakan oleh Kirin T93C octa-core chip dan menyokong sehingga 8GB virtual memory.

Digabungkan dengan bateri berkapasiti besar 10,100mAh serta sokongan 66W HUAWEI SuperCharge, tablet ni memang dibina untuk digunakan sepanjang hari.

Dengan gabungan perkakasan dan ciri AI tersebut, HUAWEI cuba menjadikan MatePad Air lebih daripada sekadar tablet biasa — ia direka sebagai peranti yang boleh digunakan untuk kerja, kreativiti, pembelajaran dan hiburan.

Harga HUAWEI MatePad Air di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, HUAWEI MatePad Air dijual pada harga RM3,999.

Menariknya, sempena pelancaran, pembeli boleh menikmati launch benefits bernilai sehingga RM4,503.

Antara yang ditawarkan termasuk:

  • Rebat RM500
  • HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
  • HUAWEI M-Pencil Pro
  • HUAWEI Wireless Mouse
  • WPS Office dengan langganan WPS AI selama 1 tahun
  • AI-Powered HUAWEI Notes
  • HUAWEI Premium Service

HUAWEI MatePad Air kini boleh didapati di HUAWEI Experience Stores serta saluran rasmi HUAWEI secara online termasuk laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Official TikTok Shop.

Jadi, kalau korang memang mencari tablet yang ringan untuk dibawa ke mana-mana tetapi pada masa yang sama nak pengalaman kerja yang lebih dekat dengan penggunaan PC, HUAWEI MatePad Air ni memang antara model yang menarik untuk dipertimbangkan.

Dengan reka bentuk hanya 5.3mm, berat 509g, skrin OLED 12 inci, bateri 10,100mAh dan pelbagai fungsi AI, nampaknya HUAWEI memang nak buktikan yang tablet hari ini bukan lagi sekadar peranti untuk tengok video dan baca berita. Ia dah boleh jadi sebahagian daripada workstation mudah alih korang.

Untuk maklumat lanjut layari website rasmi HUAWEI, atau korang boleh ke laman sosial rasmi HUAWEI di Facebook page, ataupun Instagram.


Written by Hafiz Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *