Hafiz Rahim

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian

Hafiz Rahim

Menu
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
in Whateva

Buka Current Account Secara Online

by Hafiz Rahim December 9, 2016, 2:54 pm 749 Views 13 Comments


Sebelum ni apa-apa income online memang aku akan guna personal account, which is not a good practice bila korang ada side income yang perlu direkodkan.

Straight to the point, baru-baru ni tergerak hati untuk buka current account supaya segala rekod side income direkod dengan lebih teratur.

Nak buka current account sebenarnya ada 2 cara. Cara pertama adalah dengan walk-in ke kaunter bank yang terdekat (dengan seorang introducer).

Manakala, cara kedua adalah melalui permohonan secara online . Untuk cara kedua ini, tiada pilihan bank lain yang boleh korang pilih melainkan Maybank. Dan untuk cara ini juga ianya menjimatkan masa dan tenaga kerana proses permohonannya tidak memerlukan seorang introducer.

Cara buka current account secara online

Nak buka current account secara online, mudah je sebenarnya. Apa yang perlu korang buat adalah seperti berikut:

  1. Login Maybank2U
  2. Pergi ke Apply Online
  3. Pilih Maybank2u.Premier
  4. Masuk dan semak butiran peribadi
  5. Sila masukkan jumlah wang yang ingin dipindah masuk daripada saving account ke current account dibahagian Select Account For Funding. Sila maklum minimum deposit adalah sebanyak RM500.
  6. Kemudian dibahagian Please select your preferred branch, sila pilih negeri dan daerah dimana korang ingin current account dibuka. Selesai pilih, klik Next
  7. Korang akan dibawa ke laman seterusnya dimana pemeriksaan akhir serta persetujuan Term & Condition perlu dibuat.
  8. Sekiranya tiada apa yang perlu diubah, klik Submit untuk teruskan permohonan.

Permohonan yang berjaya akan diberikan nombor rujukan. Dan sekiranya disemak kembali pada laman utama All accounts, korang akan dapat melihat akan adanya tambahan akaun semasa didalam akaun Maybank2u korang.

Siap.

Ada rakan-rakan terdekat aku yang berkongsi info dimana dengan adanya current account ini ianya boleh diguna pakai sebagai dokument sokongan jika sesuatu hari nanti korang ingin membeli rumah. I am not very sure about that.

Tetapi apa yang aku tahu akan kegunaan current account ini, satu je.. sekiranya kita terlibat dengan sesuatu transaksi masuk yang terlalu kerap dan juga banyak, ianya sangat membantu.

Ini kerana pihak bank tidak akan teragak-agak untuk melakukan sekatan keatas akaun simpanan sekiranya terdapat transaksi yang terlalu kerap dan mencurigakan. Sementara itu, current account tak ada limitation macam ni.

p.s: Please take note, proses permohonan ini untuk current account peribadi. Bukannya untuk current account syarikat. Kalau current account syarikat, masih perlukan introducer dan kena pergi mohon di cawangan bank yang terdekat.


See more

  • Previous article Pelan Digi Postpaid 110 Dengan Kuota Internet Hujung Minggu Tanpa Had
  • Next article MAHA 2016, Penat Tapi Best Dan Berbaloi

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Amin Hakim says:
    December 11, 2016 at 8:55 pm

    Bagus entri nie.. kebetulan adik saya nak bukak akaun company guna maybank….

    Reply
  2. di sekitar says:
    December 14, 2016 at 10:29 am

    saya juga ingin bukak akun baru, agar lebih baik saja.

    Reply
  3. Mohd Adha Mohd Zain says:
    April 17, 2017 at 2:33 am

    Salam. Tahniah di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.

    Reply
  4. Hidayat Fikri says:
    February 18, 2019 at 1:07 pm

    Salam tuan,

    Bila da selesai ni.. Dah tak perlu walk in ke cawangan maybank tu ke? maksudnya akaun tu dah aktif trus la kan.. Ke kena pergi walk in jgak lepas 3 hari tempoh bekerja?

    Reply
    • Hafiz Rahim says:
      February 20, 2019 at 8:39 am

      Tak perlu tuan. Ni current account untuk existing customer

      Reply
      • Hidayat Fikri says:
        February 20, 2019 at 3:42 pm

        oo.. kiranya dah bank in 500.. trus boleh guna current akaun ni kan? transaction yang kerap xde masalh kan?

        Reply
    • Catrina says:
      April 5, 2021 at 1:52 am

      Selepas 3,4 hari Perlu pergi bank untuk declare dengan pihak bank .. yg kita sudah membuat on9 pendaftaran Nanti kena isi borang di bank & pihak bank akan tolong kita setup dalam fon .. sehingga selesai .. lepas tu dia bagi kita kad, & kena transfer minimum 500 ke dalam akaun tersebut , saya baru je buat di bank kota kemuning .. kena pergi bank yg kita tulis masa pendaftaran on9 .. xboleh bank lain ..

      Reply
      • MUHAMMAD SYAZWAN A. MALIK says:
        May 27, 2021 at 3:52 pm

        oh kena pegi jugak ke…bukan waktu kita apply online tu kita da depo rm500 kan.?…kalau x pegi apa jadi ye?

        Reply
  5. Lily says:
    May 13, 2019 at 2:46 pm

    Betul ke tak payah walk in mana-mana maybank branch untuk activekan account tu

    Reply
  6. fawwaz says:
    January 27, 2020 at 4:21 pm

    Lepas pilih branch tu.,.Kita kena pi branch tu ke cmna?

    Reply
  7. fawwaz says:
    January 27, 2020 at 4:21 pm

    Lepas pilih branch tu.,.Kita kena pi branch tu ke cmna bos?

    Reply
  8. Bro says:
    October 28, 2020 at 11:04 am

    Tak perlu pergi branch. Isi preferred branch tu utk rujukan info pihak bank saja

    Reply
  9. Wan nur amirah Afiqah says:
    January 23, 2021 at 11:23 pm

    ini khas untuk maybank2u premier personal kann.. kalau untuk apply online personal premier 1 account tu pon sama jugak ke caranya? ke berbeza? sebab online personal premier 1 tu saya baca lepas 3 hari apply bank call kena pergi branch untuk sign dan ambik kad.. yg mana satu lebih better? sb sy just nak convertkan saving acc kepada current acc sahaja.. tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More From: Whateva

  • 2 Comments

    Blog Terabai.. Kerja Baru.. Restart!

    December 30, 2024, 5:21 pm

  • Akhirnya Jumpa J&T Taji Move 4521

    August 3, 2023, 11:01 am

  • Kenapa Aku Beli Baju Sekolah Di Hari-Hari?

    February 12, 2023, 5:05 pm

  • Tiada Lagi Masalah Untuk Tidur Lena Dengan Eskayvie Mindtropic

    October 31, 2022, 11:19 pm

  • Dapat Akses Disney+ Hotstar Percuma 24 Bulan

    September 22, 2022, 9:18 am

  • 8 Tips Elak Kumpau

    September 21, 2022, 11:36 am

Kelas Taekwondo

  • Grading Taekwondo Junior Black Belt (1st Poom/Dan

  • Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

  • Sparring Set Taekwondo Untuk Khair

  • Dah Join Kelas Sparring Taekwondo

  • Grading Taekwondo WTF, Lulus Naik Ke Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

Kelas Renang

  • Sambung Balik Kelas Renang!

  • Kelas Renang – Belajar Teknik Apungkan Diri Pula

  • Kelas Renang, Belajar Frog Kick.. Tendangan Katak?

  • Berbaloi Ke Belajar Berenang?

  • Progress Check Selepas Belajar Berenang Selama 1 Tahun

Kelas Piano

  • Little Star Music, Studio Belajar Piano Di Bangi

  • Dah Stop Practice Piano Ke?

  • Berlatih Piano Online Guna Aplikasi Simply Piano

  • Piano Sheet Lagu-Lagu Mudah Untuk Latihan Di Rumah

  • Practice Piano Di Rumah

Disclaimer

Blog ini adalah blog peribadi dan merupakan aset digital kepada Sifziqfiy Solution (IP0578091-A).

Ia tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang pendapat, pujian ataupun kritikan adalah berdasarkan penilaian pemilik blog sendiri.

Sebarang maklum balas ataupun pertanyaan, boleh emailkan kepada hafizmdrahim@gmail.com.

Powered by HOSTING SUPER MURAH dan Laju.

Follow saya

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

© 2026 by Hafiz Rahim | Homestay Bangi

Back to Top
Close
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Ad Blocker Detected!

Mohon jasa baik tuan/puan untuk nyah aktifkan ad blocker. Segala iklan yang dipaparkan dalam blog ini adalah untuk menampung kos operasi bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat kepada pembaca yang disayangi. Terima kasih.

Refresh

Blog ini adalah blog peribadi dan tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Dengan melayari laman blog ini anda bersetuju dengan paparan iklan-iklan serta tidak akan meninggalkan sebarang komen yang bersifat spam dan tidak senonoh.
Setuju