Hujung-hujung tahun adalah waktu yang paling ideal untuk kita bercuti bersama keluarga. Sambil jalan-jalan makan angin boleh juga kita release tension yang dah lama kita pendamkan.
Cuti akhir tahun kalau dibandingkan dengan hari-hari cuti yang lain, kiranya ia adalah hari cuti yang paling menarik. Ini kerana, disamping ada banyak promosi jualan-jualan murah dan pakej-pakej bajet, ibu dan ayah juga boleh luangkan masa bersama anak-anak tersayang tanpa apa-apa halangan.
Anak-anak kecil, sudah semestinya mereka akan mula cuti sekolah. Manakala anak-anak dewasa, masa ini lah masa yang paling sesuai untuk habiskan cuti tahunan. Betul tak?
Seperti tahun-tahun lalu, tahun ini pun aku bercadang untuk bawa keluarga aku ronda-ronda satu Malaya. Cuma, jika difikirkan destinasi yang ingin dituju.. belum lagi terlintas difikiran.
Tetapi, awal-awal beberapa minggu yang lalu.. Puan isteri ada bagi hint. Katanya nak ke Legoland lagi. Alasannya..
Kesian Khair. Pergi Legoland hari tu, dia tak puas main pun.
Cewah.. Cliche betul alasan. Dia terlupa agaknya, pada kunjungan kami awal tahun tempoh hari Khair bermain daripada waktu pagi sampai ke petang. Hinggakan waktu nak balik, masuk-masuk dalam kereta je terus terlena. Tenaga dah habis, kepenatan. Hahaha.
Legoland, memori aku masih kuat.. dah 2 kali jejakkan kaki ke sini.

Jadi, pada tahun ini kalau diikutkan rasa hati, seperti ingin aku bawa keluarga bercuti ke tempat lain pula.
Tempat lain yang dimaksudkan, adalah tempat lain yang belum pernah puan isteri dan Khair jejakkan kaki. Misalnya, bercuti ke Sabah sambil menikmati seafood yang segar, ataupun menikmati udara segar di pulau-pulau cantik seperti Pulau Redang. Paling tidak pun, pergi ke Singapura untuk bermain di taman tema popular mereka iaitu Universal Studio.
Cuma.. dalam hati kecil ini berkata, kalau dah nak pergi ke satu tempat yang belum pernah kami jejaki, bajet perbelanjaan kena lah plan awal-awal kan. Tak boleh nak main redah je.
Silap-silap hari bulan kalau main redah, duit setinggi gunung pun boleh habis dalam sekelip mata. Bak kata orang, kena bijak berbelanja. Hehehe.
Semakan dan tempahan tiket penerbangan atau hotel secara murah bersama Traveloka
Sambil jari-jemari aktif mencari destinasi-destinasi menarik yang ingin dituju, dalam masa yang sama satu tab berlainan dibuka di skrin laptop untuk melayari laman web www.traveloka.com/en-my/.
Seperti yang telah diceritakan dalam satu artikel blog ini berkenaan cuti-cuti di Kuala Lumpur dulu, laman web Traveloka ini merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan kepada korang yang tercari-cari tiket penerbangan dan tempat penginapan yang murah.
Dengan terkumpulnya hampir 100 buah hotel di seluruh Malaysia, Indonesia dan juga Singapura, korang bukan saja boleh membuat perbandingan diantara hotel mana yang lebih menarik dan mendapatkan promosi-promosi terkini. Malah, korang juga boleh membuat pilihan diantara hotel-hotel yang ditawarkan dengan bajet korang yang bersesuaian.
Yerp.. review-review mengenai hotel yang ditawarkan juga ada. Jadi, korang boleh tahu servis sesebuah hotel itu bagus ataupun sebaliknya.
Manakala untuk pencarian penerbangan murah pula, korang disediakan beberapa pilihan.
Sama ada ianya berbeza daripada segi masa, jenis syarikat penerbangan ataupun beberapa pilihan lain yang akan membezakan harga bagi setiap tawaran.
Cara menggunakan laman web Traveloka.com
Untuk menggunakan laman web ini sebagai tempat untuk menempah tiket penerbangan dan juga hotel yang murah, sangat mudah sebenarnya.
Apa yang perlu dibuat adalah:
- Layari laman web www.traveloka.com/en-my/ kemudian taip saja destinasi yang ingin korang tuju di ruangan kosonga carian.

- Selesai masukkan destinasi, senarai tempat penginapan yang bersesuaian akan ditunjukkan.

Disini korang boleh mula membuat pilihan berdasarkan susunkan harga yang paling rendah, review dan popularity. Tak dilupakan juga korang boleh membuat saringan berdasarkan berapa bajet korang. - Selesai membuat pemilihan, korang boleh terus membuat tempahan dengan mengisi maklumat penting dan membuat pembayaran.Pembayaran boleh dibuat melalui internet banking atau kredit kad, yang mana sejurus saja pembayaran dilakukan, korang akan menerima satu salinan e-voucher. Kegunaan e-voucher ini adalah untuk korang jadikan bukti kepada pihak hotel sewaktu proses check-in. Jadi, tak perlu risau sekiranya rekod korang tiada dengan pihak hotel.
Nota: Ulang langkah-langkah yang sama (langkah 1 hingga 3) apabila korang ingin membeli tiket penerbangan. Cuma perlu diingatkan bahawa, pembayaran tiket penerbangan dan hotel adalah BERASINGAN.
Owh.. hampir terlupa. Tujuan menempah hotel dan tiket penerbangan melalui laman Traveloka adalah untuk mendapatkan harga yang murah. Tetapi sekiranya korang ingin mendapatkan harga yang LEBIH MURAH, korang boleh memuat turun applikasi telefon pintar Traveloka itu sendiri.
Ini kerana, sekiranya tempahan dibuat melalui applikasi ini, harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tempahan dilaman web.
Ahaaa..
Jadi, hotel dan tiket penerbangan murah dah tahu mana nak cari. Last step, kena prepare duit belanja je. Yang ni tak dapat nak kongsi tips, cuma kena control nafsu diri sendiri. Hahaha.
p/s: Jangan lupa masuk dekat bahagian promosi juga, ada offer discount lebih daripada RM100.







teringin nak pergi legoland tu. tak kesampaian lagi. boleh la usha harga..
Kalau ada anak2 kecik.. memang best pergi Legoland. tak sedar masuk pagi tiba2 je dah petang
Holidayyy timeee
Lama dah x ke legoland. Baru ni pi johor tpx sampai legoland
nak g legoland gak lum kesampaian
Nak bercuti belah Utara plak tahun ni, tapi tak pasti lagi nak kemana. Dok mengGoogle tak abih hehehe
Tak pernah bawa anak-anak ke legoland… Plan nak bawa ke sana lah nanti.
Geram jer tengok harga-harga promosi yang terdapat dekat laman web traveloka…
Rasa nak pergi bercuti merata-rata tempat….
Tapi sayangnya bajet percutian tak mengizinkan…
cam menarik gak website Traveloka ni..lg syok kalau dpt price yg lagi murah dr tempat lain.
Tak pernah lagi pegi Legoland.. huhuu..
Setuju.. kat Traveloka banyakkkk promosi percutian hujung tahun yg best!
Wahhh.. best nie dapat pergi legoland, lgi2 ble bwk anak..
bercuti ni memang seronok and ade rase mcam gian pun ade, kalo saye prefer universal studio, best sangat USS tu, tak puas rase nak jalan lagi
best lah buat traveloka. hati tenang Liburan pun nyaman