Akhirnya siap jugak. Dari pagi sampai ke malam duduk mengarang dan semak artikel yang hendak di-submit pada client. Nak kata banyak bukan banyak pun, ada empat je. Tapi masa yang diambil mengalahkan orang ada 40 artikel.
Adoyai.. Mata pun dah pedih-pedih. Dah lama sangat menghadap laptop.
Mungkin dikalangan rakan-rakan blogger, aku sorang je kot yang ambil masa mengarang artikel lama macam ni. Kalau dalam exam SPM dah tentu tak sempat siap. Hahaha.
Tapi.. lama-lama tadi pun, sempat jugak aku skip beberapa jam. Pergi jumpa Shakiddo yang baru balik dari mengundi sebab nak collect barang.

And then pergi layan Need For Speed sekejap dekat Alamanda sorang-sorang. Lepas itu baru balik sambung kerja.
And so far kalau korang tanya aku macam mana feedback tentang movie Need For Speed ini.. Emm macam mana nak cakap ek.
Movie ini nak kata best sangat.. tak jugak. Kira so-so je. Jalan cerita agak simple, banyak part yang diorang skip. Tapi dari segi action memang terbaik. Kereta pun power-power.
Cuma kalau nak dibandingkan dengan Fast & Furious, better lagi Fast & Furious lah. Visual, sound effect, jalan cerita dan watak..memang aku bagi markah penuh. Tapi bagi movie Need For Speed ini, cukup setakat 3.8 bintang je kot. Hehehe.
Okay, mata dah ngantuk. Badan dah penat. So, kena masuk tidur sudah. Nite-nite kawan-kawan.
p/s: Macam gedik pulak ayat nite-nite tu.

mmg takde idea kali ni. mmg kena merepek lagi.
rasanya kalau artikel kita merepek tapi masih dalam point. Diaorang ttp akan luluskan.
pasal need for speed..betul..ada rasa kurang sikit. hero cuma bawak kereta ford aje… ngan Agera R.
kalau dalam game..semua kereta pun kita boleh cuba.
Banyaknyaa 4 artikel.. Nak siapkan 1 artikel pun dah rasa susah sangat.. Hehe..
nasib baik aku tak beria nak p menonton, so tunggu jelah keluar dvd or first. 🙂
Tak best sebab hang pergi tengok sorang-sorang je.. Cer ada teman.. sure ok punya
Haha. Okay. Fine. Pasni tak g sorang dah.
owhhh… pegi tengok wayang… tak ajak… hahahaha (ayat sohok)
jari alien? cishhh… ahaks!!!
Wahhh sempat lagi tu layan cerita ekk..haha..terbaik la..release tension la tu..
yes..bagi saya pun sama..Fast & Furious best lagi..
aku tak tengok lagi nampaknya cite tu..bile tah nak gi tengok..aahaa