Ya, hari ni hari sabtu lagi. Hari untuk luangkan masa bersama keluarga.
Yang ada anak kecil, inilah masa yang sesuai untuk bawa mereka keluar bersiar-siar. Boleh bawa mereka bermain dengan haiwan-haiwan jinak di Farm In The City, boleh bawa mereka mandi-manda di Legoland Water Park ataupun boleh juga bawa mereka melihat pelbagai spesis ikan di Aquaria KLCC.
Minggu lepas, pada hari yang sama, aku berkesempatan untuk bawa Khair ke Putrajaya Challenge Park. Niatnya kesana, untuk mendedahkan dia dengan aktiviti sukan lasak, wall climbing.
Apa? Wall climbing? Bunyinya macam merisaukan je?
Tak.. Tak perlu risau sebenarnya..
Aktiviti sukan lasak wall climbing untuk kanak-kanak disini selamat. Kerana infrastruktur yang disediakan dilengkapi dengan lantai ber-span tebal yang akan membantu menyerap impak sekiranya anak-anak korang terjatuh.
Tambahan pula, dinding-dinding memanjat kanak-kanak ini tidak dibina terlalu tinggi, bersesuaian kepada level mereka.
Seronoknya mereka memanjat!
Untuk makluman, sekiranya korang ingin berkunjung kesini, tiada bayaran dikenakan dibahagian kanak-kanak. Sebaliknya, bayaran sebanyak RM6 hanya dikenakan kepada pengguna-pengguna dewasa sekiranya mereka ingin memanjat (terdapat beberapa pilihan; Zone A Expert Bouldering Wall, Zone B Beginners Bouldering Wall, Zone C Expert Lead Wall, Zone D Top Roping Wall, Zone E Speed Climbing Wall, Zone F Intermediate Lead Wall).
Dan, waktu-waktu operasinya adalah seperti berikut:
- Ahad hingga Khamis – dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam
- Rabu, Jumaat dan Sabtu – dari jam 10.00 pagi hingga 10.oo malam
- Ditutup pada hari Isnin pertama dan ketiga setiap bulan
Nota ringkas: Putrajaya Challenge Park terletak di Precint 5, Putrajaya. Kalau datang siang ramai orang. Kalau nak anak-anak lebih selesa, boleh datang malam. Kurang orang.





hehe..bila dtg putrajaya nanti..boleh la cuba..
Bulan depan baru ada plan nak ke Putrajaya huhu boleh singgah sekejap nampaknya disini
Seronoknya….okey boleh cuba nanti…thanks atas perkongsian info 🙂
boleh melatih anak-anak jadi berani.
Bila anak -anak dah besar memang best la bawa ke tempat macam ni..membina hidup yang aktif
Best2….nnt leh bwk anak ke sana…..
Ooo..ada ye untuk budak? Bagus betul. Extreme park kat Shah Alam kurang sesuai untuk anak saya..better pergi kat Putrajaya ni. macam ok je tengok.
aktiviti yg sangat bagus untuk anak2. nak2 kalau anak lelaki tue mesti seronok dapat panjat2 macam nie. 🙂
Elok juga bawa anak ke sini, biarkan diaorang berpeluh sikit..baru sihat..😀
Lagipun dekat je dgn rumah