Ini adalah kali pertama aku dan isteri menjejakkan kaki ke Restoran Horizon Garden di Bandar Baru Bangi. Terletak di Seksyen 8, ia mudah dicari kerana lokasinya yang berdekatan dengan Taman Tasik Cempaka.
First impression ketika memasuki restoran ini, dapat aku rasakan suasana dalamannya yang agak eksklusif. Tempat duduknya yang teratur, udara penghawa dinginnya yang nyaman serta pelayannya yang memakai uniform yang seragam, tidak ubah seperti menjamu selera di cafe hotel bertaraf 4 atau 5 bintang.

Dari segi tawaran menu dan harga makanan, jujur aku katakan harganya agak sedikit mahal. Berbanding dengan kedai-kedai makan biasa diluar sana, harga makanan disini lebih daripada dua kali ganda.
Tetapi, alang-alang sudah sampai..apa salahnya mencuba kan. Lagipun bukannya selalu aku dan isteri datang kemari.
Jadi untuk malam itu kami telah memesan dua nasi goreng cina beserta beberapa lauk sampingan.

Antara yang menjadi pilihan, termasuklah soft shell crab yang dimasak dengan resipi Kam Heong dan juga fried prawn with nestum.


Melalui apa yang aku dapat rasakan. Rasanya sedap, gaya masakan yang digunakan ada keunikan yang tersendiri. Paling best, dapat ratah nestum banyak-banyak. Mengingatkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak yang memang suka habiskan nestum bertin-tin.
Bagi menu sayur pula, kami memesan Pak Choy with Oyster Sauce. Tiada apa yang istimewa tentangnya melainkan cukup rasa masin manis kuahnya.

Owh ya..hampir terlupa. Dan menu minuman, kami hanya memesan segelas jus oren dan juga setin 100 plus beserta teh cina yang diberikan secara percuma semasa diawal ketibaan kami di restoran itu.
Overall experience, kami hanya mampu berikan 4 out 5. Tolak 1 markah kerana harganya yang aku rasakan boleh dimurahkan lagi.

Nota: Pencahayaan dalam restoran agak romantik. Lampu kekuningan. Kalau nak sambut anniversary memang sesuai sangat.
p/s: Masa pergi ni Khair tengah tidur, so takde aksi dia sedang makan.

pehh..lapar balik dah ni. demm ahh macam ni..
Boleh tahan jumlah bil tu..ni restoran ala chinese ke bro?
Walau mahal kalau sesuai dengan sedapnya akan erbayarlah semua tuh.
waaahhhh… sedap nampak.. portion pun besau!
Mungkin HARGA lebih pada suasana tempat makan la kot….. tapi soft shell crab tak banyak tempat yang jual kan …..
Fried prawn with nestum tu nampak unik. Belum pernah lagi mencubanya..
Rm108.00! mahalnya. Kalau saya lain kali tak pergi dah restoran ni, kalau dalam RM 70-80 boleh tahan lagi.
Gulp!! Agak mahal juga harganya.. Sayur pun boleh charge sampai RM12.. T_T
kalo makanan enak sih bayar mahal tak apalah…..
Kenapa laaa floggers / bloggers melayu gi makan kat restaurant, amik gambar bukan main, tapi location ke, alamat ke, gps coordinates ker haram takder….most of the time….frussstt aku!!!
Statement bro tuju pada saya or orang lain ye? Kalau pada saya, rasanya dalam gambar tu dah ada alamat. Penerangan ringkas pun dah cerita sekali.
memang enak sih makanannya.. sampai menjilat dinding..