Itu dia. Kalau iPad boleh keluarkan iPad Mini. Samsung pun boleh dengan mengeluarkan adik kepada model premium Samsung Galaxy S3, iaitu Samsung Galaxy S3 Mini. Oh Yeah!! Dari apa yang diwar-warkan oleh blog-blog gadget seluruh dunia, spesifikasi Samsung Galaxy S3 mini ini tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan model versi besar.
sumber gambar : engadget
Cuma perbezaan ketara yang dapat dilihat antara dua model ini adalah saiz skrin yang dikurangkan dari 4.8 inci ke 4 inci, berat 133 gram kepada 111 gram, kamera belakang 8 megapixel kepada 5 megapixel dan juga kamera hadapan dari 1.3 megapixel kepada kamera VGA. Dari segi dalaman pula, processor asal 1.4GHz quad-core dikurangkan menjadi 1GHz dual-core dan kapasiti bateri 2100 mAH menjadi 1500 mAH (Sedikit kekurangan disitu).
Walaubagaimanapun, pengurangan yang dibuat ke atas model baru ini bukanlah dianggap keterlaluan, AMOLED masih dikekalkan bagi memberikan paparan grafik yang cantik serta tidak menelan kuasa bateri dengan cepat. OS sedia ada juga telah dinaiktarafkan ke Android 4.1 Jelly Bean yang mana ianya menyokong interface Samsung TouchWiz.
Buat masa ini, tarikh dan harga jualan untuk pasaran Malaysia belum diumumkan. Tapi dengan spesifikasi yang ada dan untuk menarik minat pembeli, bagi pendapat Hafiz, rasa-rasanya harga yang bakal diumumkan mungkin dibawah RM1400. Sebab..Kalau mahal, lebih baik beli Samsung Galaxy S3 terus je. Tak payah mini-mini lagi dah. Betul tak?

waw.. S3 nak ada adik? dah la tengah aim S3 skrg ni.. ehm, nak mintak future hubby bg hantaran S3 la nnt.. kih kih..
Mintak..jangan tak mintak.
apa lagi bro.. jom kita sambar satu jom..hehehe
Dah tak boleh nak sambar..yang di tangan ni masih baru..hahaha
S3 awal tahun depan dah boleh dapat 1599 kot.
Kot ek..
Jangan berharap dan maybe suku pertama tahun depan terkeluar s4 pulak…
Dengar2 yang AP set dah bleh dapat 1500 bro..tak tau la betul ke x..yang pernah jumpa 1800 je
yg AP set eh.. haha, tak kesah la.. dapat guna yg biasa2 je pun, pastu root kan, then, kalo boleh upgrade firmware, oke dah.. hihi..
a’a..yang AP pun dah ok..kalo orang nak blanje baru mintak SME set..hahaha
pada pendapat aku, Samsung galaxy s3 mini ini kurang sengat
yerp, memang pun..best lagi s3. 😉
semua specifikasi sama dengan galaxy s cuma guna amoled, android 4.1
galaxy s yg asal android froyo 2.2
saiz skrin sama….bentuk saja curve edges
baru je beli s3 2 bulan lepas…tp kalau yg s3 mini ni sesuai utk tangan pompuan, kecik
mungkin kelebihan dia pada internal memory kot. 🙂
alamak…S3 dah ada adik..hehe..cepat sangat samsung keluarkan produk baru mereka..baru nak sambar Note 2.. 🙂
sambar dua2 la bro..hehe
bagi aku spesifikasi ni sama dengan galaxy s advance, harga pasaran s advance pon dah rm999 jer, xkan lah nak jual rm1400, mahal tuh
itu la..harga 1400 pun dah agak mahal..better letak bawah 1000 je.
Memang terbaik… Salam kenal.. kita jumpa masa event petronas hari tu.. 🙂
Nampaknya diatas kertas Samsung Galaxy Mini S3 adalah lebih baik daripada model sebelumnya.
Aku masih tak faham kenapalah Samsung nak keluarkan model mini lagi?
Untuk golongan yang kurang bajet kot bro
Bukan apa,.. bila dah makin banyak, makin lambat la update diorang (Samsung)
hoi mamat…cakap x pakai otak ka..sedap bapak ko je nak komen samsung..mcm la keje ko penting sgt nak update dari smasung tu cepat…pakai akai la