Hafiz Rahim

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian

Hafiz Rahim

Menu
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
in Geekz

Guna Lebih Daripada 1 Akaun Instagram Dalam 1 Telefon

by Hafiz Rahim February 10, 2016, 8:17 am 749 Views 9 Comments


Yeszaa.. Instagram dah keluarkan update terbaru. Update yang dah lama dinanti-nantikan oleh pengguna IG serata dunia.

Dengan fungsi terkini iaitu multiple account dalam satu applikasi, tak perlu lagi kita nak sibuk-sibuk install applikasi pihak ketiga seperti Instwogram untuk fungsi yang sama seperti ini.

Bagi membolehkan korang menggunakan fungsi terbaru ini, apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan update sahaja applikasi Instagram kepada versi terkini, versi 7.15.

Jika korang pengguna Android, boleh muat turun update melalui applikasi Play Store, manakala jika korang pengguna iOS, korang boleh dapatkannya melalui applikasi iTunes.

Selesai sahaja kemas kini, akaun tambahan terus boleh dimasukkan.

Cara untuk menambah dan menggunakan banyak akaun ke dalam satu applikasi Instagram?

Mudah sebenarnya. Ikut saja step di bawah:

  1. Update applikasi Instagram kepada versi terkini iaitu 7.15.
  2. Pergi kepada Setting (titik 3 di bahagian atas kanan), kemudian scroll ke bawah untuk “Add account”
    Instagram Hafiz Rahim_Top Blogger
    Cara tambah akaun Instagram
  3. Login ke akaun Instagram yang ingin ditambah, ataupun create baru sekiranya belum ada.
    Tambah Akaun Instagram
  4. Sesudah akaun berjaya di-login, akan terdapat fungsi switch account (tanda segitiga) berhampiran dengan nama profile. Klik mana-mana profile yang diinginkan untuk penukaran akaun.

    Multi-akaun Instagram
    Maaf, guna akaun puan isteri untuk bagi contoh. Hehehe.

    Cara buang akaun Instagram
    Untuk remove akaun, cuma perlu log out mana-mana akaun yang tidak diperlukan lagi.

Untuk makluman, fungsi tambahan akaun ini bukan sahaja dihadkan kepada 2 akaun saja, tetapi ia membenarkan pengguna untuk menambah maksimum 5 akaun ke dalam satu applikasi Instagram.

Menarik?

Ya, sudah tentu. Dan ianya juga merupakan berita baik kepada peniaga-peniaga online IG kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasang applikasi-applikasi yang pelik lagi memberatkan terlefon pintar mereka. Guna 1 telefon pintar pun sudah memadai. Hehehe.

Nota tambahan:

Bagi korang yang tertanya-tanya kenapa begitu ramai pengguna Instagram yang tiba-tiba jadi super excited dengan kehadiran update terbaru ini?

Jawapannya, dah tentulah kerana ia memudahkan urusan. Al-maklumlah, penggunaan Instagram masa kini bukan saja terhad untuk suka-suka upload gambar peribadi, malah jika korang pandai ambil peluang, ianya boleh dijadikan bisnes secara kecil-kecilan yang sangat menguntungkan.

Kalau tak percaya, download dan baca ebook ini. Rahsia Instagram – IG Kaboom!

Fungsi lain:

Kalau korang pergi dekat “Explore Posts” ataupun mana-mana group hashtag (#), tekan dan hold selama 1-2 saat pada mana-mana gambar, gambar tersebut secara automatik akan di-zoom dan diapungkan.

Instagram

Fungsi terbaru Instagram
Tak perlu lagi pergi pada profile gambar. Klik dan hold untuk zoom.

Alang-alang cerita tentang Instagram, jangan lupa follow aku ya – @hafizmdrahim


See more

  • Previous article Puas Hati Makan Seafood Di Crab Hut Cyberjaya
  • Next article Kenapa Lelaki Gemarkan Kasut Sneakers?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Julia Johari says:
    February 10, 2016 at 10:23 am

    Bagus lah, mudah betul nak handle perniagaan lepas ni…tak payah nak log in out byk kali…yeyyy tq for the tips

    Reply
  2. Bro Framestone says:
    February 10, 2016 at 11:06 am

    La, sampai 5 ke?

    Ok dah pasang untuk 3 akaun.. lagi 2 untuk klient pulak la la la

    Reply
  3. nurul says:
    February 10, 2016 at 12:02 pm

    Memang ok bila boleh ada lebih dari satu akaun IG. Satu personal, satu bisnes jual baju, satu bisnes emas…contoh 🙂

    Reply
  4. Sync says:
    February 11, 2016 at 3:19 am

    senang kerja, sekali login terus akses banyak akaun IG

    Reply
  5. permohonan upu says:
    February 11, 2016 at 5:08 am

    ni memang berita sangat mengembirakan terutamanya bagi orang buat bisnes online. bolehlah tukar2 antara akaun bisnes dan akaun personal..tak adalah nanti tak ada dapat bersosial..hehe

    Reply
  6. Noriza Rahman says:
    February 11, 2016 at 4:33 pm

    Semalam dah pasang 2 IG kat phone, senang la lepas i bisnes dengan private dah asing

    Reply
  7. titan says:
    February 12, 2016 at 12:56 am

    aku dah ada satu akaun ni malas benar nak update.

    inikan nak tambah lebih.

    haha..memang malas la jawabnya.

    Reply
  8. Oyong Ilham says:
    March 6, 2016 at 7:04 am

    Memang skrng instagram lagi populer

    Reply
  9. ahliamustaffa says:
    October 4, 2020 at 5:51 pm

    macam mana nk buat bila dah siap tulis di bio..lepastu nk save.. muncul tulisan something went wrong….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More From: Geekz

  • 13 Comments

    Tukar Plan Digi, Dapat iPad Free

    January 16, 2023, 9:15 am

  • 4 Comments

    Airpods Pro Rosak? Tukar Free Je

    February 16, 2022, 10:02 am

  • 2 Comments

    Giliran Air Cooler be quiet! Dark Rock Slim Pulak!

    June 27, 2021, 3:17 pm

  • 3 Comments

    RTX 2060 Dan Xbox One Controller Untuk Kembali Aktif Gaming

    June 11, 2021, 1:38 pm

  • 1 Comment

    PC Upgrade SSD Samsung 970 Evo NVME M.2 1TB

    May 30, 2021, 12:16 am

  • 5 Comments

    Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!

    April 10, 2021, 2:50 pm

Kelas Taekwondo

  • Grading Taekwondo Junior Black Belt (1st Poom/Dan

  • Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

  • Sparring Set Taekwondo Untuk Khair

  • Dah Join Kelas Sparring Taekwondo

  • Grading Taekwondo WTF, Lulus Naik Ke Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

Kelas Renang

  • Sambung Balik Kelas Renang!

  • Kelas Renang – Belajar Teknik Apungkan Diri Pula

  • Kelas Renang, Belajar Frog Kick.. Tendangan Katak?

  • Berbaloi Ke Belajar Berenang?

  • Progress Check Selepas Belajar Berenang Selama 1 Tahun

Kelas Piano

  • Little Star Music, Studio Belajar Piano Di Bangi

  • Dah Stop Practice Piano Ke?

  • Berlatih Piano Online Guna Aplikasi Simply Piano

  • Piano Sheet Lagu-Lagu Mudah Untuk Latihan Di Rumah

  • Practice Piano Di Rumah

Disclaimer

Blog ini adalah blog peribadi dan merupakan aset digital kepada Sifziqfiy Solution (IP0578091-A).

Ia tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang pendapat, pujian ataupun kritikan adalah berdasarkan penilaian pemilik blog sendiri.

Sebarang maklum balas ataupun pertanyaan, boleh emailkan kepada hafizmdrahim@gmail.com.

Powered by HOSTING SUPER MURAH dan Laju.

Follow saya

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

© 2026 by Hafiz Rahim | Homestay Bangi

Back to Top
Close
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Ad Blocker Detected!

Mohon jasa baik tuan/puan untuk nyah aktifkan ad blocker. Segala iklan yang dipaparkan dalam blog ini adalah untuk menampung kos operasi bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat kepada pembaca yang disayangi. Terima kasih.

Refresh

Blog ini adalah blog peribadi dan tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Dengan melayari laman blog ini anda bersetuju dengan paparan iklan-iklan serta tidak akan meninggalkan sebarang komen yang bersifat spam dan tidak senonoh.
Setuju