Macam ni lah gayanya bila dah pandai baca doa makan. Tak kira tempat, tak kira masa.
Asal suruh baca doa je mesti baca doa makan. Suruh tidur pun baca doa makan jugak. Doa lain.. maaf. Khair belum pandai. Buat masa sekarang, yang tu satu je dia ingat.
p/s: Suruh baca ABC memang dah lancar dah. Siap boleh sebut lagi A untuk apa.. B untuk apa.. Sampailah huruf Z. Cuma sekarang ni aku dengan isteri dalam proses nak mengajar dia baca tulisan jawi pulak.
Nota: Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.
bagus kalau boleh bagi masa utk pendidikan anak, jgn harap dia nanti ke sekolah saja..mulakan sedari awal.
comel khair ..
Alhamdulillah punya anak yang bisa mendoakan kita kelak semoga jadi anak saleh
Yah ajarkan pendidikan agama islam sejak dini,,
moga menjadi anak yang berbakti bagi orang tua disaat besar nanti