Jeles betul dengan anak-anak aku, baru berapa hari raya tapi bila kira duit raya terkumpul dah suku duit gaji aku. Tak perlu kerja, tak perlu kerah keringat.. cuma duduk goyang kaki buat muka comel.
Berbeza dengan mak ayah diorang, yang pastinya kena hulur duit pada anak-anak saudara, anak rakan-rakan yang datang kerumah.. Dan nilainya, bukan macam raya zaman-zaman dulu lagi dah. Zaman-zaman milenium ni, duit raya paling kurang RM2. Itu pun kadang-kadang budak-budak yang datang beraya complain duit raya sikit.
Haippp.. budak-budak. Korang takleh pegang duit banyak-banyak. Bahaya. Hahaha
Memandangkan Khair dan Haziq masih kecil. Maka, seminggu lepas raya.. daddy dan ibu rajinkan diri bawa duit raya untuk disimpan.
Tabung pilihan..
Tabung Haji!
Alasan utama menyimpan di Tabung Haji supaya daddy dan ibu dia sendiri tak tersalah guna bila mana waktu-waktu terdesak. Keh keh keh.
Kedua, nak cepatkan proses pendaftaran Haji untuk Khair dan Haziq (sebab untuk daftar Haji kena ada minimum simpanan RM1300.. Kalau lambat daftar, nanti dapat giliran menunggu lambat gila).
Baca juga: Pengeluaran akaun KWSP 1 dan 2 untuk ibadah haji
Dan ketiga, for sure untuk simpanan diorang lah kan. Kalau simpan bawah bantal, mesti habis punya. Tak pun kena curi dengan toyol.
p.s: By the way, nasib baik juga sebenarnya kitorang dapat pergi Tabung Haji awal-awal. Sebab tahun ni dapat cuti raya panjang sikit. Balik dari kampung, terus terjah Tabung Haji cawangan Bangi. Itu pun ramai gila orang. Jenuh menunggu.
Untuk rujukan: Ada juga cawangan Tabung Haji lain yang beroperasi pada hari Sabtu minggu pertama. Rujuk gambar dibawah untuk senarai penuh.



Zaman kita dulu 20 sen sudah dikira besar, hari ini RM5 pun belum tentu cukup untuk duit raya.
Hahaha… ritual yg wajib kena buat. Samalaaa dah buat hr tu
sekali sekala tuan tak apalah semarakkan hari raya
Tabung haji adalah tempat yang sangat bagus untuk menyimpan duit.
Yang paling penting ada duit untuk disimpan ..
Ye betul.. tabung Haji adalah pilihan mama juga
so hujung minggu ni dikira hujung minggu pertama ke kedua yer? duit anak tak sempat masuk tabung haji lagi. akan daftar haji terus kali ni. mudahan2 ada peluang pergi haji awal.
Hujung minggu ni minggu kedua dah. Hehe